Thursday, August 1, 2013

Peruntukan Saham Bumiputera MITI

Peruntukan saham khas Bumiputera oleh MITI bagi syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad, adalah sebagai pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara (DPN) mengenai pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera. Pelabur-pelabur Bumiputera yang layak menerima peruntukan saham-saham khas yang diagihkan MITI terdiri daripada Institusi Amanah Keutamaan, pemegang saham Bumiputera sedia ada syarikat dan Ahli Lembaga Pengarah Bumiputera. Peruntukan saham khas juga boleh dipertimbangkan kepada syarikat dan koperasi Bumiputera, individu berkelayakan serta pelabur Bumiputera yang dicadangkan oleh syarikat atau Bank Penasihat yang memenuhi kriteria MITI. 

Mulai Disember 2008, maklumat mengenai saham-saham khas tawaran awam permulaan (IPO) Bumiputera yang akan diagihkan oleh MITI, akan dipaparkan di laman web MITI. Ini bertujuan untuk memperluaskan outreach kepada pelabur Bumiputera yang layak, mengikut 
definisi yang dinyatakan dalam laman web MITI. 

Subscription